MANIFESTO PROGRESS :AZAM AMIRUDDIN (PRESIDENT)

Standard

Optimizing IIUM Mosque (4th December 2013)
Meeting with Representative Rijalul Masjid

Suggestion

–          Record the Friday’s Sermon and other talks post it in web

–          Giving opportunity to student to give khutbah

Meeting with Mosque Management
Establishment of Relationship with Outside Student Society (18th January 2014)
Gather Information from

–          Friends from Other University

–          Respective Head Of Department and Lecturers

Upgrade fasilities  (8th November 2013)
Meeting With DDSA Kulliyyah

 

Personal Meeting & Brainstorming

Standard

Bro Danial

–          Arising issues with staff performance and services for students (International Division)

–          Update Bus Stop

–          Request establishment of Bank Muamalat in campus

–          Find Sponsor for billboard

Meeting with Food & Facilities Unit, IIUM Development with YB Hafiz from Welfare Secretariat

–          Complaint of café should be made properly and in orderly manner

–          Survey on café

Image

[ISU HARGA BARANG]

Standard

Penghujung tahun 2013, iaitu selepas 8 bulan PRU 13 memberi keputusan kepada seluruh warga Malaysia, kita telah dikejutkan dengan isu kenaikan harga barang dan tarif elektrik. Perkara ini sangat membimbangkan rakyat amnya lebih-lebih lagi mangsa bencana banjir di beberapa buah negeri.

1. Kenyataan akhbar-akhbar arus perdana bertarikh 17 Disember menunjukkan seramai 68,300 belia telah di isytihar muflis dari tahun 2005 hingga 2012. Golongan ini rata-ratanya adalah anak muda lepasan SPM dan mereka yang masih di tangga-tangga Universiti. Golongan ini sebenarnya adalah golongan yang tidak akan terlepas dari turut menerima kesan kenaikan harga barang.

2. Kos perbelanjaan seharian melibatkan pembelian makanan dan pembiayaan rumah sewa pasti akan meningkat. Perkara ini sangat membimbangkan apabila rata-rata sudah sedia maklum bahawa masalah pengangguran dalam kalangan siswazah sebelum disenarai hitam lagi telah berlaku kepada mereka yang tidak membayar pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Kenaikan ini langsung tidak membantu membina mekanisme terhadap mahasiswa untuk terus hidup dalam era kebobrokan ekonomi negara ini.

3. Kenaikan harga barang dan tariff elektrik juga akan menyebabkan kesan berantai (Domino Effect) sama ada kepada industri berat mahupun usahawan kecil dan sederhana. Penduduk kampung yang berpendapatan rendah dan tidak berkemampuan pasti akan terbeban kerana sudah pasti pengusaha kecil dan sederhana terpaksa menaikkan harga jualan dan perkhidmatan. Apakah kita tidak pernah melihat petani yang hanya berpendapatan kurang RM 1000? Atau ibu tunggal yang bekerja keras menyara kehidupan 5 orang anaknya yang masih bersekolah? Apakah mereka ini hanya terpaksa menunggu belas kasihan pihak ketiga untuk terus hidup?

Isu ini bukanlah isu golongan mahasiswa di universiti atau golongan miskin berpendapatan rendah sahaja. Ini adalah isu kita bersama. Tidak kira pihak kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), badan bukan kerajaan (NGO), mahupun rakyat kelas apa sekalipun kita wajib mengambil peduli tentang kenaikan harga barang ini. Justeru itu,

1. Penegasan kepada pihak kerajaan supaya menilai semula mekanisme kenaikan harga barang dan berusaha mencari saranan lain bagi menyelesaikan masalah utama rakyat marhein. Sudah pasti penyelesaian yang bukan bersifat sementara tetapi penyelesaian bersifat jangka panjang.

2. Pemerkasaan institusi zakat yang sepatutnya memainkan peranan yang lebih berkesan dalam hal pengagihan kepada rakyat yang memerlukan.

3. Penyertaan masyarakat awam dalam menilai sesuatu isu dengan lebih adil dan mendapatkan maklumat dari pelbagai sumber.

Berkenaan protes TURUN, ia adalah respon mahasiswa yang merupakan sebahagian daripada rakyat biasa, yang kecewa dengan respon pihak kerajaan berkenaan isu kenaikan harga barang. Protes TURUN bukan perancangan menjatuhkan kerajaan sebagaimana yang dimomokkan pihak kerajaan.

Mari kita sama-sama menghayati sabda Nabi Muhammad S.A.W:

Daripada Abu Ruqaiyyah Tamim ibn Aus al-Daarie r.a. bahawa Nabi SAW telah bersabda: “Agama itu adalah nasihat. Kami berkata: Untuk siapa? Baginda bersabda: Untuk Allah, untuk kitabNya, untuk RasulNya, untuk para lmam kaum muslimin dan untuk umat lslam seluruhnya.”

(Riwayat Ahmad no. 16982, Muslim no. 55 dan Abu Daud no. 4944)

Nur Azam bin Amirudin,
President SRC IIUM KUANTAN 13/14

[Maulidurrasul Nabi Muhammad S.A.W] : AZAM AMIRUDDIN (PRESIDENT)

Standard

PRESIDENTIAL MATTERS

1)      Official Writing & SRC Statements

 

[Maulidurrasul Nabi Muhammad S.A.W]

Allahumma Sollia’la Muhammad..

Tanggal 12 Rabiul Awwal saban tahun merupakan tarikh penting bagi umat Islam memperingati kelahiran Baginda Nabi Muhammad S.A.W. yang membawa rahmat seluruh alam. Maulidirrasul adalah hari agung umat Islam dan seharusnya disambut dengan penuh keinsafan.

Sirah mencatatkan tentang rasa bimbang dan sayangnya baginda Nabi Muhammad S.A.W terhadap umatnya lalu diterjemahkan dengan usaha dan pengorbanan baginda supaya syiar Islam dan cahaya Iman dapat menyinari hati kita pada hari ini.

Sambutan Maulidurrasul perlu diisi dengan menghadiri majlis memperingati Baginda sama ada melalui ceramah, berselawat, berqasidah dan sebagainya. Jauhilahlah diri kita daripada tingkah laku seperti Abu Lahab, yang mana, beriya-iya menyambut kelahiran Nabi SAW tetapi mengabaikan malah menentang seruan yang Nabi SAW bawa .

Menjadi harapan kita semua agar Maulidurrasul kali ini meningkatkan lagi kecintaan kita pada baginda, tanyakanlah kepada diri kita sendiri tentang persoalan-persoalan:

1. Adakah kita mempunyai suatu rutin selawat?
2. Sejauh mana kita mempraktikkan amalan sunnah baginda SAW?
3. Bagaimana pemahaman kita terhadap sirah baginda SAW?
4. Apakah usaha kita untuk menyambung risalah yang baginda bawa?

Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad SAW), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat inginkan kebaikan bagi kamu, dan ia pula menumpahkan perasaan kasih sayangnya kepada orang-orang beriman.
(surah taubah :128)

Ingatlah, Baginda SAW antara orang yang sangat kasih kepada umatnya. Bagaimana kita membalasnya?

Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikuilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(Surah Ali-Imran ; 3:31)

Akhir kalam, taatilah Allah (suruhan dan laranganNya) kerana ia bukti teras kita kasih kepada Rasulullah SAW.

Ya Allah, Jadikan kami golongan yang menerima syafaat NabiMu Nabi Muhammad S.A.W.

Salam Maulidurrasul SAW
12 Rabiul Awwal 1435H

Nur Azam Amirudin,
Presiden SRC IIUM Kuantan 2013/2014