[Maulidurrasul Nabi Muhammad S.A.W] : AZAM AMIRUDDIN (PRESIDENT)

Standard

PRESIDENTIAL MATTERS

1)      Official Writing & SRC Statements

 

[Maulidurrasul Nabi Muhammad S.A.W]

Allahumma Sollia’la Muhammad..

Tanggal 12 Rabiul Awwal saban tahun merupakan tarikh penting bagi umat Islam memperingati kelahiran Baginda Nabi Muhammad S.A.W. yang membawa rahmat seluruh alam. Maulidirrasul adalah hari agung umat Islam dan seharusnya disambut dengan penuh keinsafan.

Sirah mencatatkan tentang rasa bimbang dan sayangnya baginda Nabi Muhammad S.A.W terhadap umatnya lalu diterjemahkan dengan usaha dan pengorbanan baginda supaya syiar Islam dan cahaya Iman dapat menyinari hati kita pada hari ini.

Sambutan Maulidurrasul perlu diisi dengan menghadiri majlis memperingati Baginda sama ada melalui ceramah, berselawat, berqasidah dan sebagainya. Jauhilahlah diri kita daripada tingkah laku seperti Abu Lahab, yang mana, beriya-iya menyambut kelahiran Nabi SAW tetapi mengabaikan malah menentang seruan yang Nabi SAW bawa .

Menjadi harapan kita semua agar Maulidurrasul kali ini meningkatkan lagi kecintaan kita pada baginda, tanyakanlah kepada diri kita sendiri tentang persoalan-persoalan:

1. Adakah kita mempunyai suatu rutin selawat?
2. Sejauh mana kita mempraktikkan amalan sunnah baginda SAW?
3. Bagaimana pemahaman kita terhadap sirah baginda SAW?
4. Apakah usaha kita untuk menyambung risalah yang baginda bawa?

Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad SAW), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat inginkan kebaikan bagi kamu, dan ia pula menumpahkan perasaan kasih sayangnya kepada orang-orang beriman.
(surah taubah :128)

Ingatlah, Baginda SAW antara orang yang sangat kasih kepada umatnya. Bagaimana kita membalasnya?

Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikuilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(Surah Ali-Imran ; 3:31)

Akhir kalam, taatilah Allah (suruhan dan laranganNya) kerana ia bukti teras kita kasih kepada Rasulullah SAW.

Ya Allah, Jadikan kami golongan yang menerima syafaat NabiMu Nabi Muhammad S.A.W.

Salam Maulidurrasul SAW
12 Rabiul Awwal 1435H

Nur Azam Amirudin,
Presiden SRC IIUM Kuantan 2013/2014 

Leave a comment